'Selepas ini kalau tak jadi YB, boleh jadi penjaga parkir lah kan?'

Iklan
Keprihatinan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menjaga laluan keluar di sebuah parkir awam susulan mesin bayarannya dipercayai mengalami kerosakan mencuri tumpuan ramai.

SHAH ALAM - Keprihatinan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menjaga laluan keluar di sebuah parkir awam susulan mesin bayarannya dipercayai mengalami kerosakan mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berdurasi 54 saat yang dimuat naik di TikToknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dilihat membantu pemilik kenderaan yang 'terkandas' selepas sistem bayaran parkir tersebut alami kerosakan.

Iklan
Iklan

"Masa nak keluar dari parkir tadi, sistem pembayaran rosak. Penuh kereta bersusun menunggu lama nak keluar.

"Jadi, kita bantu semampu yang mungkin untuk melancarkan urusan mereka semua tadi," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal turut bergurau mengenai situasi berkenaan iaitu beliau boleh menjadi penjaga parkir sekiranya sudah tidak berkhidmat sebagai ahli politik.

"Selepas ini kalau tak jadi Yang Berhormat (YB), boleh jadi penjaga parkir lah kan? Membantu selagi termampu," ujarnya.

Iklan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh wakil rakyat berkenaan.

Pengguna @ZielaMokhtar berkata, bukan mudah untuk mempunyai seorang pemimpin yang boleh melakukan pelbagai kerja atau mengambil tindakan seperti Muhammad Akmal.

"Terbaiklah YB. Susah nak jumpa YB macam ini, semua YB langgar janji sempoi. Bila kita mudahkan kerja orang, moga ALLAH bantu permudahkan urusan YB menyantuni rakyat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28