Bekas bintang All Blacks sertai 5,000 jemaah solat Subuh macam Jumaat

Iklan
Legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams (kiri) ketika sesi berkongsian bersama orang ramai menerusi program #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Putra, Putrajaya di sini pada Ahad. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams menyertai kira-kira 5,000 jemaah mengimarahkan program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Putra di sini pada Ahad.

Program yang bermula seawal 5 pagi itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalannya, Dr Zulkifli Hasan itu dengan solat subuh dipimpin Imam Masjid Putra, Abdul Karim Zakaria sebelum disusuli sesi perkongsian ilmu bersama Williams.

Iklan
Iklan

Aktiviti jalan laju bermula dari pekarangan Masjid Putra hingga ke Istana Kehakiman, sejauh kira-kira 2.7 kilometer.

Williams berada di negara ini bagi menghadiri pelbagai program keagaaman dan aktiviti sukan antaranya Klinik Rugbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Williams, 39, melahirkan rasa kagumnya terhadap kempen Solat Subuh Macam Jumaat yang menggalakkan umat Islam menunaikan solat Subuh di masjid.

"Saya perlu mengakui betapa baiknya rakyat Malaysia. Saya bangga sebagai seorang Islam apabila melihat ramai jemaah datang menunaikan solat Subuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Iklan

Berkongsi lawatannya ke Malaysia, Williams, pemain ragbi pasukan New Zealand yang muncul juara Dunia dua kali pada 2011 dan 2015 berkata beliau kagum dengan sikap merendah diri dan adab yang ditunjukkan oleh tiga rakyat Malaysia ketika bertemu di Makkah, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Na’im menyarankan semua jawatankuasa masjid dan surau khususnya di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat umat Islam mengimarahkan rumah ibadat itu.

"Pempengaruh adalah sebahagian daripada cara untuk tarik jemaah ke masjid, cuma program untuk kempen ini perlu dipelbagaikan dengan kaedah lain.

"Paling penting ialah niat untuk hadir ke masjid iaitu datang untuk menunaikan solat Subuh bukan niat untuk bertemu pempengaruh. Saudara Hamza (Williams) juga ada nyatakan agar perbetulkan niat kerana beliau juga hadir ke sini kerana ALLAH,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28