AS, Britain terus bedil kumpulan Huthi

Iklan
Anggota Tentera Udara Diraja Britain (MOD) memasang senjata Paveway IV pada jet pejuang Typhoon FGR4 sebelum menyerang kumpulan Huthi di Yemen. Foto AFP

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan terbaharu terhadap puluhan sasaran Huthi di Yemen sejak Sabtu.

Tindakan terhadap kumpulan dikaitkan dengan Iran itu dilakukan selepas mereka secara berterusan menyerang kapal dagang yang menggunakan laluan di Laut Merah dan perairan berdekatan.

Iklan
Iklan

Sejak 7 Oktober tahun lalu, AS hampir setiap hari melancarkan serangan terhadap Huthi yang menguasai bahagian paling padat penduduk di Yemen.

Pejuang Huthi mula menyerang kapal dagang di laluan di Laut Merah sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin yang kini diserang Israel.

Iklan

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata, serangan itu bertujuan 'untuk terus mengganggu dan menjejaskan keupayaan Huthi yang disokong Iran'.

"Kami akan terus menjelaskan kepada Huthi bahawa mereka akan menanggung akibatnya jika tidak menghentikan serangan haram mereka yang merugikan ekonomi Asia Barat.

Iklan

"Ia juga menyebabkan kerosakan alam sekitar dan mengganggu penghantaran bantuan kemanusiaan ke Yemen dan negara lain," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28