'Hak Najib nak komen' - Latheefa

Iklan
Latheefa

IPOH - [KEMASKINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak untuk bersuara berhubung pendedahan audio konspirasi jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, orang ramai juga berhak menyatakan pandangan mengenai rakaman berdurasi 45 minit itu yang melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International Sdn Bhd dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).