MOM kemuka acara terbaik buat Malaysia di Aichi-Nagoya 2026

Iklan
Mohamad Norza

MALAYSIA akan mengemukan cadangan bagi penyenaraian sukan yang berpotensi memberikan kelebihan kepada kontinjen negara untuk dipertandingkan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, badan induk olimpik negara itu akan bekerjasama dengan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Induk Sukan Asia Aichi-Nagoya (Ainagoc) bagi tujuan tersebut.

Iklan
Iklan

"MOM akan menghantar cadangan penyenaraian sukan yang atlet negara mampu menghasilkan keputusan positif buat kontinjen negara," katanya selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM di Akademi Bolasepak Malaysia (ABM).

Sebagai rekod, Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dijadualkan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Iklan

Edisi Hangzhou 2022, China lalu, kontinjen negara membawa pulang 32 pingat - enam emas, lapan perak, 18 gangsa - melepasi sasaran 27 pingat ditetapkan sebelum itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan