Dedah rakaman percakapan, SPRM tidak profesional

Iklan
Mohamad Hasan

SHAH ALAM - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio perbualan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu lain termasuk tokoh asing kepada umum tidak menepati standard profesionalisme yang dikehendaki.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agensi itu sewajarnya bertindak menyerahkan segala bukti baharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada polis bagi siasatan dan tindakan.

Iklan
Iklan

"Pendedahan perbualan pemimpin negara dengan sorang pemimpin negara asing merupakan kerahsiaan yang sangat penting. Ia tidak wajar didedahkan dengan sewenangnya tanpa melalui proses undang-undang.

"Pendedahan hari ini akan pasti mengundang masalah dengan kerajaan UAE (Emariah Arab Bersatu). SPRM sewajarnya memahami kepentingan bagi Malaysia tidak berkonflik dengan mana-mana negara dalam usaha mencari kebenaran berkaitan skandal itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

SPRM hari ini memutarkan beberapa set rakaman audio perbualan melibatkan Najib dan lain-lain yang disifatkan oleh ketua badan anti rasuah itu, Latheefa Koya sebagai kebocoran maklumat daripada agensi itu.

Pada sidang akhbar khas itu, beliau berkata, klip audio itu berkaitan dengan perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, polis perlu melakukan siasatan terperinci berkaitan pendedahan bukti baharu itu supaya hak, kepentingan dan keadilan diperoleh.

"Pendedahan dilakukan hari ini seolah-olah mensabitkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai bersalah dan menimbulkan prejudis yang sangat mendalam terhadap mereka.

"SPRM ialah institusi awam yang mesti menjalankan tugasnya secara berperlembagaan dan penuh wibawa. Apa yang dilakukan hari ini telah menyebabkan profesionalisme, wibawa dan integriti mereka dipersoalkan," jelasnya.