Tolonglah jangan tertipu lagi

Iklan
Mangsa pelaburan mata wang kripto dikenali sebagai Accerx.com dilaporkan kerugian hingga puluhan juta ringgit. Gambar hiasan Foto 123RF

SANGAT membimbangkan dan menakutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendedahkan jenayah penipuan pelaburan mencecah 14,488 kes bagi tempoh 2019 hingga 2023 membabitkan jumlah kerugian melebihi RM1.3 bilion.

Angka ini adalah sangat besar dan bayangkan sekiranya nilai kerugian dapat digunakan ke arah pembangunan negara. Sudah tentu ia lebih menguntungkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Sinar Harian sebelum ini sering melaporkan kes-kes membabitkan sindiket penipuan pelaburan termasuklah mendedahkan modus operandi jenayah itu seperti menawarkan pakej dan menjanjikan keuntungan lumayan berlipat ganda dalam masa singkat.

Malah ada sindiket yang mengarah mangsa untuk memasukkan wang ke akaun individu atau syarikat konon dijadikan modal pelaburan.

Iklan

Bagi meyakinkan mangsa, ada ahli sindiket dikesan menyamar sebagai pengarah, pemilik serta setiausaha sebuah syarikat.

Selain itu, ada juga sindiket pelaburan yang menggunakan elemen agama mahu pun individu berpengaruh.

Iklan

Terbaharu, sindiket yang dikesan ialah pelaburan mata wang kripto dikenali sebagai Accerx.com di mana mangsa dilaporkan kerugian hingga puluhan juta ringgit.

Tolonglah masyarakat untuk lebih peka dengan tawaran ‘cepat kaya’ ini.

Jerat sindiket ini sudah tentu mengakibatkan mangsa trauma dan hilang pertimbangan apabila wang yang diharapkan hilang lesap diperdaya sindiket.

Dalam usaha menyekat sindiket ini, langkah tuntas PDRM telah mewujudkan satu mekanisme baharu bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yusoof berkata, pihak SC sudah membangunkan sebuah platform dipanggil Investment Checker yang boleh diakses menerusi pautan https://www.sc.com.my/investment-checker.

Platform itu dapat membantu masyarakat bagi membuat kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.

Ini sekali gus dapat memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan dalam negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28