[VIDEO] Puluhan hotspot pendaratan PATI di Kelantan
Iklan
KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti wujudnya puluhan titik panas atau hotspot pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Kelantan.
Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen, Basri Othman berkata, terdapat kira-kira 50 hotspot pendaratan PATI dikesan pihaknya, antaranya di Rantau Panjang, Tanjung Bunga dan Pengkalan Kubor.
"Sindiket ada mata-mata atau tonto dalam kalangan warga tempatan dan ini antara cabaran JIM dalam usaha kesan suspek terlibat.