Zii Jia bangkit sahkan kemaraan

Iklan
Pemain beregu campuran negara Man Wei Chong (kanan) bersama pasangannyaTan Pearly Koong Le menewaskan pasangan nombor lima dunia dari Indonesia, Praveen Jordan / Melati Daeva Oktavianti 21-18, 21-13.

PEMAIN perseorangan negara, Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2020 ketika berdepan pemain Denmark Anders Antonsen di Arena Axiata hari ini.

Zii Jia tewas pada set pertama 14-21, sebelum bangkit untuk menang 21 - 15 pada set kedua sebelum terus cemerlang membenam cabaran Antonsen 15-8 pada set penentuan.

Iklan
Iklan

Pada pusingan kedua nanti, Zii Jia bakal berdepan pemain India, Samee Verma yang menewaskan pemain Thailand, Kanthapon Wangcharoen, 21-16, 21-15.

Bagaimanapun seorang lagi pemain perseorangan negara, Liew Daren tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Malaysia Masters 2020 apabila tewas 10-21-10, 21-16-21, 15-21 kepada pemain Indonesia Jonatan Christie.

Iklan

Pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon (kiri) bersama Goh Liu Ying beraksi menewaskan rakan beregu senegara Low Hang Yee dan Lim Chiew Sien 21-7, 21-11.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani turut gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua apabila tewas 15-21, 17-21 kepada pasangan Korea, Kim Duk Young/Im Sa Rang.

Iklan

Dalam acara beregu wanita, gandingan Thinaah Muralitharan / Tan Pearly Koong Le mara ke pusingan kedua apabila menewaskan rakan beregu senegara, Anna Ching Yik Cheong / Lim Chiew Sien 21-15 dan 21-10 manakala gandingan Teoh Mei Xing / Yap Ling gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kedua apabila tewas 19-21, 14-21 kepada beregu Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Dalam acara beregu campuran pula menyaksikan pasangan Goh Soon Hua / Shevon Jemie Lai turut menempah slot ke pusingan kedua apabila menewaskan pasangan China He Jiting / Du Yue 21-12 21-19.

Pasangan beregu negara Goh Soon Huat (kiri) dan Shevon Jemie menewaskan beregu China He Ji Ting 21-12, 21-19

Sebelum itu, pasangan Chan Peng Soon / Goh Liu Ying pula menewaskan rakan beregu senegara, Low Hang Yee / Lim Chiew Sien, 21-7, 21-11.

Terdahulu pasangan Man Wei Chong/Pearly Tan pula mencuri tumpuan apabila berjaya menumbangkan pasangan nombor lima dunia dari Indonesia, Praveen Jordan / Melati Daeva Oktavianti 21-18 21-13 untuk mara ke pusingan kedua.

Pemain beregu campuran negara Man Wei Chong (kanan) bersama pasangannyaTan Pearly Koong Le menewaskan pasangan nombor lima dunia dari Indonesia, Praveen Jordan / Melati Daeva Oktavianti 21-18, 21-13.