Kembali buka kalam ALLAH selepas lebih sedekad alpa

Iklan
Ahmad Haris (gambar) turut mengakui kini ramai memilih untuk mempelajari pengajian al-Quran secara atas talian.

SHAH ALAM - Hampir lebih sedekad tidak memegang dan membaca al-Quran, terdetik di hati seorang pekerja swasta, Saiful Jafari Mohamad untuk kembali membuka kalam ALLAH itu.

Menurut lelaki berusia 51 tahun itu, kali terakhir dia membaca al-Quran adalah ketika remaja kerana sering disuruh oleh kedua-dua orang tuanya.

Iklan
Iklan

"Apabila usia semakin meningkat dewasa dan mula hidup berdikari saya sentiasa sibuk dengan urusan dunia, saya alpa dan tidak pernah baca al-Quran seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Saiful Jafari menjelaskan, dia mengakui bacaannya tidak lancar serta lupa tentang hukum tajwid menyebabkannya terdetik untuk kembali lebih memahami dan mendalami al-Quran.

Iklan
Pihak pengajian al-Quran swasta di Bangi tidak ketinggalan menggalakkan orang ramai dalam memahami setiap perkataan dalam kitab suci al-Quran sempena kedatangan Ramadan.

"Tetapi saya malu untuk belajar secara formal lebih-lebih lagi secara fizikal kerana faktor usia jadi saya pilih untuk belajar secara atas talian sahaja.

Sementara itu, tenaga pengajar di sebuah pusat pengajian solat dan al Quran swasta berpusat di Bangi di sini turut mengakui kini ramai memilih untuk mempelajari pengajian al-Quran secara atas talian.

Iklan

Seiring masa, pengajian al-Quran secara dalam talian semakin diterima baik ketika pandemik Covid-19 apatah lagi ramai selesa dengan cara itu berbanding secara fizikal.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan aplikasi Think Quran sudah mula digunakan secara meluas oleh orang ramai sejak kempen #FahamKhatamAlQuran dilancarkan pada 12 Januari lalu.

Menurut Ketua Jabatan Bimbingan Solat, Geng Mengaji Global, Ahmad Haris Shamsul Baharin, 36, perkara itu sangat baik kerana ramai menunjukkan minat mendalami ilmu agama dan mempertingkatkan prestasi pelajaran mereka dalam bacaan al-Quran.

"Kami juga tidak ketinggalan menggalakkan orang ramai dalam memahami setiap perkataan al- Quran sempena kedatangan Ramadan secara atas talian dan mengadakan bengkel pembelajaran solat sempurna,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28