Tidak wajar wajibkan majikan beri imbuhan sempena perayaan - MEF
Iklan
SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendakwa syor untuk mewajibkan kesemua majikan memberi bantuan sebulan gaji sebagai persediaan menyambut perayaan akan melibatkan pertambahan perbelanjaan melebihi RM30 bilion.
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pemberian imbuhan itu sewajarnya diberikan berdasarkan prestasi kewangan syarikat dan produktiviti pekerja.