Jururawat cemas dirompak

Iklan
Risikin (kanan) menunjukkan gambar barangan yang dirampas.

SUBANG - Lima individu termasuk seorang wanita dicekup polis, semalam selepas dipercayai terlibat dalam rompakan bersenjatakan parang di sebuah klinik pergigian swasta dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, kelima-lima suspek ditahan di sebuah rumah sekitar Taman Sentosa Klang kira-kira jam 7 malam semalam.

Iklan
Iklan

Menurut Risikin, pihaknya turut berjaya merampas beberapa barangan susulan penahanan tersebut antaranya parang, pisau, komputer riba, telefon bimbit dan peralatan dipercayai digunakan untuk pecah kedai.

"Kelima-lima suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

Iklan

"Hasil soal siasat mendapati suspek turut mengaku terlibat dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa yang juga jururawat wanita di klinik pergigian swasta terbabit berdepan detik cemas apabila didatangi kelima-lima suspek sekitar jam 5.30 petang ketika sedang bekerja.

Iklan

Suspek yang bersenjatakan parang itu bertindak mengambil barangan mangsa dan juga hak milik klinik tersebut sebelum melarikan diri.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut Risikan berkata, kesemua suspek terlibat ditahan reman sehingga 14 Januari ini bagi melengkapkan proses siasatan.

"Soal siasat diteruskan bagi mengesan saki-baki suspek dan barangan rompakan," katanya.