"SEMALAM 15 Syaaban, maknanya selepas ini sudah tidak boleh berpuasa lagi sampai masuknya Ramadan nanti.”
Pernyataan itu sering kali kedengaran apabila Nisfu Syaaban berlalu.
Barangkali kerana terdapat hadis yang jelas memerihalkan tentang perkara tersebut.
Antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila tiba pertengahan bulan Syaaban, maka janganlah kalian berpuasa.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Dalam lafaz lain, disebut:"Apabila tiba pertengahan bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
Kelompok dimaksudkan adalah:
1. Jika mereka berpuasa wajib seperti qada puasa, kaffarah atau nazar.
2. Andai seseorang telah membiasakan dirinya untuk berpuasa sebelum ini seperti melazimkan puasa sunat Isnin dan Khamis.
3. Sekiranya seseorang itu baru mula berpuasa pada 15 Syaaban yang mana sebelum ini dirinya tidak pernah berpuasa. Maka kelompok itu dibenarkan untuk berpuasa pada setengah Syaaban yang kedua.
Ia sebagaimana disebutkan dalam Matan Sofwah Zubad:"Atau pernah puasa walau hanya sehari.”
Bagi memudahkan kita untuk memahaminya, Asma’ menyimpulkan bahawa umat Islam disunatkan untuk berpuasa dalam bulan Syaaban secara amnya dan dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban).
"Bagi orang yang biasa berpuasa sunat sebelum itu, dibolehkan untuk berbuat demikian pada 16 hingga 30 Syaaban.
"Tempoh 16 hingga 30 Syaaban itu dibolehkan untuk puasa wajib seperti qada, nazar dan seumpamanya,” terangnya panjang lebar.
Sudah pasti setiap perkara yang tidak dibenarkan itu ada sebab dan musababnya.
Ujar Asma’, antara hikmah tidak boleh berpuasa adalah supaya umat Islam menyiapkan diri mereka sebelum menempuh bulan Ramadan.
"Pada bulan tersebutlah, difardukan bagi setiap orang Islam yang mukalaf untuk berpuasa sebulan penuh dalam bulan berkenaan,” ungkapnya.