Klopp bangga 'budak-budak' berjaya tundukkan Chelsea

Iklan
Klopp

JURGEN Klopp menyifatkan kemenangan perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea sebagai trofi paling istimewa dalam kariernya kerana berjaya menang sekali pun menurunkan pemain kurang berpengalaman.

Virgil van Dijk mengesahkan kemenangan 1-0 Liverpool dengan tandukan dramatik dua minit sebelum tamat masa tambahan di Wembley.

Iklan
Iklan

Kemenangan Liverpool amat manis buat Klopp kerana ia hadir dalam keadaan pasukan berdepan masalah kecederaan dan memaksanya menurunkan pasukan yang agak kurang berpengalaman.

Liverpool bermula dengan Conor Bradley dan Harvey Elliott berusia 20 tahun dan menyenaraikan Bobby Clark (19), James McConnell (19), Jayden Danns (18) dan Jarell Quansah (21) dari bangku simpanan.

Iklan

Kecederaan menyebabkan Klopp kehilangan Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Diogo Jota, Darwin Nunez, Alisson Becker dan Joel Matip manakala Ryan Gravenberch terpaksa dibawa keluar semasa separuh masa pertama.

"Dalam lebih 20 tahun ia merupakan trofi paling istimewa yang pernah saya menangi. Ia benar-benar luar biasa.

Iklan

"Kadang-kadang orang bertanya kepada saya sama ada saya berbangga dengan sesuatu dan ia benar-benar rumit, tetapi malam ini adalah perasaan yang amat menggembirakan.

"Saya bangga dengan semua yang terlibat dalam segala-galanya di sini. Saya bangga dengan akademi kami, jurulatih dan dengan banyak perkara. Ia benar-benar menggembirakan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28