Perak rekod 6,583 saman JPJ sepanjang Januari

Iklan
Mohammad Nizar ketika menjawab soalan lisan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu) dalam Persidangan DUN Perak pada Isnin.

IPOH - Sebanyak 6,583 saman telah dikeluarkan hasil operasi dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negeri Perak sepanjang Januari lalu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 1,207 saman adalah membabitkan kesalahan dilakukan kenderaan barangan dan lori.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga kaedah pelaksanaan telah digunakan bahagian penguat kuasa JPJ bagi tujuan pemantauan iaitu secara rondaan menggunakan kenderaan JPJ, rondaan kenderaan tanpa logo dan penyamaran.

"Tiada kompromi terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas. Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang kepada mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

"Bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang degil dan 'biut' melanggar peraturan jalan raya hingga membahayakan pengguna jalan raya lain, JPJ akan mengambil tindakan termasuk membatalkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Isnin.

Iklan

Menjawab soalan tambahan berkaitan penguatkuasaan JPJ ke atas kenderaan berat di Jalan Changkat Lobak ke simpang keluar Plaza Tol Alor Pangsu, Mohammad Nizar berkata, laluan itu antara kawasan yang berada dalam pemantauan JPJ Perak.

Bagaimanapun katanya, bagi membentuk persekitaran jalan raya yang lebih selamat, orang ramai digalak memainkan peranan sebagai mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat kepada jabatan terlibat.

"Jika disyaki ada antara lori-lori gergasi ini lalu lalang di situ, kalau boleh diambilkan gambar dan cepat dihantar kepada JPJ dengan nombor pendaftaran sekali.

"Kita akan membuat siasatan dan terus ambil tindakan secepat mungkin," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28