Hospital terapung UAE mula terima pesakit dari Gaza

Iklan
Sebuah hospital terapung UAE pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir. Foto Xinhua

ABU DHABI - Sebuah hospital terapung Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mula memberikan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang cedera dalam konflik dengan Israel di Pelabuhan Al-Arish di timur laut Mesir, menurut Agensi Berita Emirates (WAM), lapor Agensi Anadolu.

Hospital dengan kapasiti 100 katil itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perubatan yang lengkap, termasuk bilik pembedahan dan rawatan rapi, unit radiologi, makmal dan farmasi.

Iklan
Iklan

Hospital terapung itu sebagai tambahan kepada Hospital Sahara yang dibuka di Gaza pada 3 Disember lepas mempunyai kemudahan untuk rawatan perubatan kecemasan dan kes-kes kritikal, seperti pelantar pendaratan helikopter dan bot.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, membunuh lebih 29,690 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - Bernama-Anadolu

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan