Harimau Malaya sedia pindah stadium

Iklan
Pentas stadium yang diletakkan di atas padang mengundang kerisauan menjelang aksi Harimau Malaya menentang Oman pada 26 Mac

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya menentang Oman, 26 Mac ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, badan induk itu akan memeriksa keadaan padang selepas digunakan untuk konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa stadium akan menjadi alternatif antaranya Stadium Sultan Ibrahim di Johor atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu sekiranya padang Stadium Nasional Bukit Jalil rosak.

"Selepas konsert tersebut saya telah maklumkan kepada pengerusi PSM kami akan melihat keadaan padang pada awal Mac.

Iklan

"Kita akan tengok keadaan masa tu. Kalau keadaan tak bagus, kita akan pergi main tempat lain.

"Stadium Sultan Ibrahim atau Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin antara pilihan kerana jurulatih Kim Pan-gon mahukan kualiti padang yang terbaik," katanya pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, kebimbangan timbul mengenai keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil selepas berlangsungnya konsert Ed Sheeran yang menyaksikan pentas diletakkan di tengah padang.

Namun Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberikan jaminan akan memastikan padang tidak rosak selain menggunakan khidmat tenaga pakar.

Sebelum ini, padang Stadium Nasional dikritik kerana rosak teruk selepas berlangsungnya konsert Coldplay tahun lalu.