PM harap sidang Parlimen kali ini perkukuh kerjasama semua pihak

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini akan menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini pada Isnin yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

Iklan

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar istiadat itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Iklan

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang. - Bernama