Warga Myanmar didakwa bunuh rakan kerana hutang

Iklan
Pekerja restoran warganegara Myanmar, Hasang (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya berhubung isu hutang. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja restoran warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas pertuduhan membunuh rakan senegara berhubung isu hutang.

Hasang, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Iklan
Iklan

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang memakai kemeja-T berwarna hitam itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 28 Mei untuk sebutan kes.

Iklan

Lelaki itu didakwa membunuh Kyaw Kyaw di gelanggang bola keranjang, taman permainan kawasan perumahan di Bandar Manjalara, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 4 pagi pada 13 Februari lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama



Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28