KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.
"Kestabilan adalah asas penting untuk membina semula negara. Daulat Tuanku,” kata jurucakap kerajaan itu menerusi hantaran di laman Facebook dengan disertakan perkongsian infografik titah Sultan Ibrahim yang tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan politik negara.