'Bukan saya punca jalan Tanjong Karang sesak' - Noh

Iklan
Noh pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Selangor pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Tan Sri Noh Omar menempelak dakwaan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi kononnya beliau menjadi punca utama berlaku kesesakan teruk kerana ketiadaan jejambat di kawasan parlimen itu.

Menurut bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, punca utama kesesakan itu berikutan kelewatan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) melibatkan susur keluar di Tanjong Karang.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan, kelewatan berlaku disebabkan bantahan penduduk seperti isu pengambilan tanah dan mereka tidak mahu kampung terbahagi dua sehingga menyebabkan pekan Tanjong Karang 'mati'.

"Kenyataan beliau (Zulkafperi) menyalahkan saya tidak membuat 'flyover' dianggap lucu dan hanya sekadar teori semata-mata," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini pada Isnin.

Iklan

Prasarana itu didakwa tidak mahu dibina kerana khuatir pekan Tanjong Karang tidak disinggahi pengguna jalan raya apabila melalui kawasan itu.

Sehubungan itu Noh menegaskan, rakyat menggesa Zulkafperi mengekalkan pembinaan susur keluar WCE di Hospital Tanjong Karang yang meliputi pelan asal Kementerian Kerja Raya (KKR) sebelum ini.

Iklan

"Keadaan itu menimbulkan keresahan penduduk yang mempersoalkan ketiadaan kemudahan laluan susur keluar berkenaan.

"Sebelum ini, terdapat persetujuan daripada KKR untuk menyusun semula laluan masuk dan keluar di hospital, namun kita dapati tiada susur keluar disediakan di lokasi tersebut.

"Laluan keluar di hospital itu perlu dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mendapat kemudahan perkhidmatan rawatan atau perubatan yang lebih baik," tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28