Tengku Zafrul jawab netizen persoal hasil pelaburan

Iklan
Perkongsian Tengku Zafrul di aplikasi X pada Isnin.

SHAH ALAM - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membalas komen-komen netizen di media sosial yang mempersoalkan hasil perolehan susulan pengumuman pelaburan negara dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Ujar Zafrul, ia bukan perkara mudah kerana banyak proses perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum negara dapat memperoleh keuntungan.

Iklan
Iklan

"Ya lah. Bila pelaburan itu lulus, bukan esok dah boleh buka kilang.

Pada Khamis, Anwar berkata, Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 iaitu 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022, sekali gus menjadikannya yang tertinggi dalam sejarah negara.

Iklan

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, pelaburan asing merupakan penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42 peratus.

Ulasnya, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28