Hafal lebih 400 patah perkataan Arab

Iklan
Tiada pengetahuan asas bahasa Arab tidak menjadi halangan buat seorang suri rumah sepenuh masa, Rodziah mempelajarinya menerusi aplikasi pendidikan, Think Quran.

SHAH ALAM - Tiada pengetahuan asas bahasa Arab tidak menghalang seorang suri rumah sepenuh masa, Rodziah Mohd Saad, 55, daripada mempelajari bahasa itu menerusi aplikasi pendidikan, Think Quran.

Sebelum ini, dia hanya membaca dan menghafal surah-surah lazim al-Quran, namun kewujudan Think Quran memudahkannya memahami makna ayat untuk mencapai khusyuk dalam solat.

Iklan
Iklan

"Selama lima bulan ini, saya mengikuti Think Quran selama15 minit selepas sarapan. Ketika ini, saya merasa solat jadi lebih tenang berbanding sebelum ini rasa tergesa-gesa sahaja.

"Sememangnya apabila guna aplikasi ini, kita kena menghafal. Alhamdulillah, saya dah ingat lebih 400 patah perkataan Arab. Lama-kelamaan jadi faham kalau baca potongan ayat al-Quran,” katanya.

Iklan

Rodziah berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di pejabat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi Think Quran, di sini baru-baru ini. Tambah Ibu kepada dua orang anak itu, dia pernah menggunakan aplikasi lain untuk mempelajari dan memahami al-Quran dengan baik, namun ia tidak sama dengan Think Quran yang mempunyai kandungan menyeluruh dari segi pemahaman kosa kata bahasa Arab, tajwid dan latihan.

Malah, katanya, Think Quran membantu pengguna memahami penceritaan dalam surah-surah al-Quran seperti sirah nabi dan kisah tauladan secara harfiah iaitu perkataan demi perkataan.

Iklan

"Think Quran ini juga menarik, mudah digunakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Anak-anak saya dan suami pun amalkan,” ujar Rodziah.

Tambahnya, untuk menggunakan Think Quran, ia bukan sukar kerana hanya perlu memuat turun menerusi https://app.thinkquran.com dan menggunakannya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28