Pelancong Singapura tak belanja besar di Malaysia
Iklan
Pelancong Singapura yang datang ke negara ini tidak berbelanja besar sebaliknya hanya membeli barang dan menikmati subsidi kerajaan yang sepatutnya diterima untuk rakyat Malaysia. Gambar kecil dari kiri: Shazali Abu Mansor, Barjoyai
SHAH ALAM - Pelancong Singapura yang datang khususnya melancong di Johor dinilai tidak berbelanja besar seperti pelancong dari negara lain.
Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, faktor jarak yang berdekatan selain segelintir mereka menganggap Johor sebagai rumah kedua menyebabkan perkara itu berlaku.