MEXICO CITY - Lebih 11,200 penduduk Brazil terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat banjir teruk yang melanda negeri Acre di barat laut negara itu, menurut portal berita Brazil G1 pada Isnin, lapor Sputnik.
Banjir itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 5,578 daripada penduduk terjejas banjir hilang tempat tinggal.