KUALA LUMPUR - Sehari selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua ahli Parlimen dan Dewan Negara menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim menjadi wakil rakyat pertama diarah keluar dewan.
Arahan keluar dewan selama empat hari bermula pada Selasa tersebut dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul susulan kegagalan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu mematuhi Peraturan Mesyuarat.