Dekorasi perhiasan terrarium

Iklan
Nur Aisya Ruslan, 27, melakukan kerja-kerja penghasilan dekorasi perhiasan terrarium ketika ditemui di sini.

Melangkah masuk ke dalam Ruang Pokok sebuah kafe kecil di pinggir Jalan Long Sulaiman, Kampung Kedai Lalat, pandangan pasti terarah ke deretan pelbagai jenis bekas kaca berisi tanaman menyerupai persekitaran alam atau terrarium yang disusun kemas di satu sudut di kedai itu.

Nur Aisya berkata beliau mula aktif menghasilkan terrarium atau 'taman mini' yang ditanam di dalam satu ruangan kecil seperti botol kaca sejak dua tahun lalu ketika bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa di Cyberjaya.