Agong terima menghadap Perdana Menteri Kemboja

Iklan
Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Istana Negara, hari ini. - Foto Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Hun Manet dan delegasi tiba pada 3 petang dan sesi menghadap itu berlangsung di Dewan Seri Mahkota selama hampir 30 minit.

Iklan
Iklan

Hadir sama pada sesi menghadap itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Digital Gobind Singh Deo selaku Menteri Pengiring.

Hun Manet tiba pagi ini untuk lawatan sulungnya ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28