'Terima kasih Jordan'

Iklan
Kargo bantuan kemanusiaan digugurkan menggunakan payung terjun ke kawasan tepi pantai sepanjang Semenanjung Gaza. - Foto: Agensi

GENTING GAZA - Tentera Jordan pada Isnin cuba meringankan penderitaan penduduk Palestin di Genting Gaza dengan menggugurkan bantuan kemanusiaan dan bekalan penting lain ke wilayah terkepung itu.

"Bantuan dari udara ini dibuat di bawah titah Raja Abdullah II. Ia bertujuan untuk menyampaikan bantuan secara terus kepada penduduk Gaza di sepanjang pantai dari utara hingga ke selatan enklaf tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebanyak empat pesawat C-130 terlibat operasi itu,” ujar pasukan tentera tersebut dalam satu kenyataan.

Operasi bersama Perancis itu dilancarkan pada hari sama kumpulan hak asasi manusia mendakwa Israel ingkar perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan menyekat akses bantuan kemanusiaan ke enklaf tersebut.

Iklan

Rakaman video yang dikongsi di media sosial turut menunjukkan kawasan tepi pantai Gaza sesak dengan penduduk Palestin yang gembira menerima bantuan tersebut termasuk bungkusan makanan dengan kandungan nutrien mencukupi setelah kira-kira 2.3 juta populasi di wilayah itu kini di ambang kebuluran.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan beliau yakin gencatan senjata baharu di Gaza akan berkuat kuasa seawal Isnin depan.

Iklan

Pengumuman itu dibuat ketika rundingan untuk meredakan perang ganas itu masih berlangsung di Paris setelah kata putus gagal dicapai sejak beberapa minggu lalu. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28