Penempatan pekerja asing daif, sempit

Iklan

BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2024

Daif, sempit dan panas, begitulah keadaan penempatan pekerja asing di sebuah kilang besi di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Iklan
Iklan

Keadaan itu dikesan menerusi Operasi Bersepadu Mega Gegar atau Ops Gegar oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bersama beberapa agensi lain, termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pada Selasa.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, pihaknya melihat penempatan pekerja asing yang disediakan oleh majikan tersebut agak daif.

Iklan

Selain itu, keadaan penempatan sempit dan panas, sebahagian peralatan seperti kipas, tilam dan katil pula dibeli oleh pekerja sedangkan jika mengikut undang-undang perkara tersebut wajib disediakan oleh majikan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651628/berita/semasa/macam-dalam-reban

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa