KUANTAN - Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin pada Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Satria Neo itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan yang berkunci.
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan.
"Pihak bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.
"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28