Papa Taylor Swift didakwa tumbuk McDonald

Iklan
Scott (kanan) dipercayai bertindak sedemikian kerana berang privasi anaknya diganggu. - Foto Agensi

SYDNEY - Pihak berkuasa Australia melancarkan siasatan ke atas bapa penyanyi terkenal, Taylor Swift selepas didakwa menumbuk seorang jurugambar ketika kejadian pada awal pagi Selasa.

"Kami menerima aduan tentang tindakan lelaki berusia 71 tahun itu yang menyerang mangsa berumur 51 tahun di Neutral Bay Wharf pada jam 2.30 pagi (waktu tempatan) sebelum meninggalkan lokasi berkenaan,” ujar jurucakap polis, Alicia McCumstie yang tidak mengesahkan suspek ialah ‘Papa Swift’.

Iklan
Iklan

Namun, jurugambar veteran, Ben McDonald memberitahu, penyerang itu ialah Scott Swift berdasarkan gambaran wajahnya.

Menurut mangsa, dia sedang mengambil gambar bintang pop Amerika Syarikat (AS) semasa menghadiri acara peribadi di atas sebuah kapal layar mewah ketika di Sydney Harbour.

Iklan

Tindakan tanpa kebenaran dan mengganggu privasi artis itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan ‘Papa Swift’ yang kemudiannya bertindak menumbuk McDonald.

Polis berkata, suspek telah meninggalkan negara berkenaan, namun siasatan masih diteruskan. - AFP

Iklan