Senarai pemain Liverpool cedera bertambah

Iklan
Gravenberch Foto: Agensi

LIVERPOOL meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Liga seiring dengan peningkatan senarai kecederaan pemain kelab kendalian Jurgen Klopp tersebut.

Ryan Gravenberch dan Wataru Endo menyertai senarai pemain cedera The Reds selepas menewaskan Chelsea, 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley.

Iklan
Iklan

Gol kemenangan The Reds dijelmakan Virgil van Dijk minit ke-118 petanda positif kelab Merseyside masih mampu rangkul biarpun tempang tanpa tonggak cedera.

Dua pemain tersebut adalah Ryan Gravenberch dan Wataru Endo.

Iklan

Gravenberch dikeluarkan selepas dikasari Moises Caicedo pada separuh masa pertama digantikan Joe Gomez minit ke-28.

Endo pula mengalami kecederaan selepas dikasari juga Caicedo, namun meneruskan aksi hingga minit ke-120.

Iklan

Klopp dilaporkan masih menunggu laporan pegawai perubatan bagi mengetahui tahap kecederaan Gravenberch dan Endo.

Status terkini Gravenberch dan Endo menyaksikan kedua-duanya menyertai Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai, Darwin Nunez, Curtis Jones.

Selain itu, Alisson Becker, Diogo Jota, Trent Alexander-Arnold, dan Thiago Alcantara di bangku kecederaan.

Namun sedikit kelegaan apabila Salah, Szoboszlai dan Nunez dijangka kembali beraksi menjelang kunjungan Southampton dalam perlawanan Pusingan Kelima Piala FA di Stadium Anfield.

PIALA FA

PUSINGAN KELIMA

RABU (28 FEBRUARI)

Bournemouth lwn Leicester City, 3.30 pagi

Blackburn Rovers lwn Newcastle United, 3.45 pagi

Luton Town lwn Manchester City, 4 pagi

KHAMIS (29 FEBRUARI)

Chelsea lwn Leeds United, 3.30 pagi

Nottingham Forest lwn Manchester United, 3.45 pagi

Wolverhampton lwn Brighton 3.45 pagi

Liverpool lwn Southampton, 3.45 pagi