Olsson masuk hospital selepas rebah di rumah

Iklan
Olsson ketika bersama Arsenal. Foto: Agensi

PEMAIN tengah Sweden, Kristoffer Olsson yang dikejarkan ke hospital kini memakai ventilator selepas pengsan di rumah, kata kelabnya Midtjylland pada Selasa.

Bekas pemain Arsenal berusia 28 tahun itu, yang mempunyai 47 penampilan untuk Sweden, tidak sedarkan diri pada 20 Februari, kata gergasi Superliga Denmark itu, sambil menambah bahawa dia mengalami penyakit berkaitan otak.

Iklan
Iklan

"Sejak dimasukkan ke hospital, Kristoffer dikelilingi keluarga dan kakitangan Midtjylland dan sedang dirawat oleh pakar dalam bidang itu,” kata Midtjylland dalam satu kenyataan.

Midtjylland terpaksa mengeluarkan kenyataan berikutan spekulasi yang semakin meningkat mengenai Olsson baru-baru ini.

Iklan

Kelab itu menambah bahawa keadaan Olsson tidak berkaitan dengan kecederaan diri atau faktor luaran.

Olsson memulakan karier di Arsenal, diikuti Midtjylland, AIK Fotboll (Sweden), FC Kuban Krasnodar (Rusia) dan Anderlecht (Belgium) sebelum kembali ke Midtjylland tahun lepas.

Iklan

"Cepat sembuh, Kristoffer. Kami mendoakan anda sembuh sepenuhnya dan cepat,” tulis Arsenal di platform media sosial X.