KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Akademi Kenegaraan akan meneraju kerjasama dengan semua pihak bagi memastikan keberkesanan Program Latihan Kenegaraan Malaysia Madani.
Anwar berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Akademi Kenegaraan dipengerusikan beliau hari ini yang antara prakarsanya ialah bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.