Polis nafi tiada kelulusan permit untuk Perhimpunan Mega Palestin

Iklan
Superintenden Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR - Polis menafikan bahawa tiada kelulusan permit dikeluarkan untuk program Perhimpunan Mega Rakyat Demi Palestin seperti yang dimaklumkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) menerusi laporan sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, setakatsemalam, pihak penganjur masih gagal mengemukakan sebarang pemakluman dan permohonan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak penganjur Mega Rakyat Demi Palestin pada Khamis lepas.

"Hasil perjumpaan tersebut, pihak penganjur telah dinasihat untuk mengemukakan pemakluman dan permohonan permit kepada pihak IPD Wangsa Maju,” menurutnya dalam kenyataan malam Selasa.

Iklan

Beliau berkata, justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran.

"Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan atau melanggar undang-undang,” katanya. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28