ERLING Haaland kembali ke prestasi terbaiknya apabila menjaringkan lima gol ketika Manchester City membelasah Luton Town 6-2 di Kenilworth Road untuk mara ke suku akhir Piala FA.
Luton gagal menghalang naluri pemusnah penggempur Norway itu yang mencipta hatrik City kelapan sebelum rehat dan kemudian menjaringkan dua lagi gol selepas rehat untuk menundukkan Luton.
Iklan
Iklan
Empat gol pertama Haaland semuanya berpunca daripada bantuan Kevin De Bruyne selain Mateo Kovacic juga meledak satu gol untuk juara bertahan itu yang tidak tewas dalam 18 perlawanan dalam semua pertandingan.
Luton mengancam untuk bangkit apabila Jordan Clark menjaringkan gol cantik pada separuh masa pertama dan sekali lagi menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua.
Namun, City menunjukkan karakter mereka untuk memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya.
"Kami tahu apa yang kami berdua mahukan antara satu sama lain. Ia satu kerjasama baik. Saya kembali ke tahap terbaik saya dan ia adalah perasaan yang luar biasa," katanya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28