Lelaki maut dirempuh MPV ketika baiki jalan

Iklan
Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, awal pagi Rabu. Foto Bomba

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dipercayai pekerja pembinaan jalan raya maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, awal pagi Rabu.

Komander Operasi dari Balai dan Bomba Penyelamat ( BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Shafie Md Don berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.35 pagi, sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan
Seorang lelaki maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang membaiki jalan di Jalan Senibong, awal pagi Rabu.Foto Bomba

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Alza yang terbabas merempuh seorang pekerja yang bertugas membaiki jalan.

"Pemandu berusia 52 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa yang dilanggar tersepit di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia merupakan warga asing namun tidak diketahui identitinya.

Iklan