Pesawat gugur bantuan makanan, penduduk Palestin serbu pantai Gaza

Iklan
Penduduk Palestin menunggu bantuan kemanusiaan di tepi pantai di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza - Foto AP

BANDARAYA GAZA - Beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul di pantai di selatan Semenanjung Gaza pada Selasa selepas pesawat menggugurkan bantuan makanan di wilayah terkepung itu.

Walaupun ada barangan makanan itu jatuh ke laut penduduk tetap berusaha mendapatkannya dan ada yang menggunakan bot kecil, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Kira-kira 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini sedang berdepan krisis kemanusiaan yang teruk.

Memetik sumber yang tidak didedahkan, program bual bicara Al Qahera Al Youm yang dikenali kerana hubungan baik dengan pihak berkuasa Mesir melaporkan pada awal hari ini bahawa sebanyak 45 tan bantuan kemanusiaan Mesir telah digugurkan di kawasan utara dan tengah Semenanjung Gaza.

Iklan

Emiriah Arab Bersatu dan Jordan turut serta dalam misi itu.

Konflik Israel-Hamas mengakibatkan penduduk Gaza kini di ambang krisis kebuluran akibat kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api.

Iklan

Kira-kira dua juta rakyat Palestin di wilayah itu telah kehilangan tempat tinggal yang telah berada di bawah kepungan Israel selama 17 tahun.

Peningkatan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak serta wanita hamil dan menyusu di Semenanjung Gaza menimbulkan ancaman serius kepada kesihatan mereka, menurut amaran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 19 Februari.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas membunuh hampir 30,000 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28