Sasar dana lebih RM500,000 bersama Dayang Nurfaizah, Hael Husaini

Iklan
Norali (duduk, kiri) bersama ahli jawatankuasa Kelab Bakti Gunung Keledang selepas sidang akhbar di sebuah hotel pada Rabu.

IPOH - Kelab Bakti Gunung Keledang menyasarkan kutipan dana sekurang-kurangnya RM580,000 sempena Majlis Makan Malam Amal Bersama Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang akan diadakan pada 21 April 2024.

Setiausaha Kelab Bakti Gunung Keledang, Norali Nordin berkata, dana tersebut dikumpul bagi tujuan pelaksanaan pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2024 dan 2025 termasuklah pemberian sumbangan kepada badan-badan kebajikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penganjuran majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Ballroom Hotel Casuarina @ Meru dekat sini yang menampilkan dua penyanyi terkenal tanah air, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

"Sehubungan itu, kelab merasakan sudah tiba masanya untuk kembali menganjurkan majlis makan malam amal seperti yang pernah dianjurkan pada tahun 2015 dan 2017," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di sebuah hotel pada Rabu.

Iklan

Norali menjelaskan, majlis makan malam amal itu bakal diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dengan diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Ahli Kehormat Kelab Bakti Gunung Keledang.

Beliau yang juga pengerusi bagi majlis makan malam amal itu berkata, terdapat tiga kategori jualan meja iaitu RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 dengan hanya 60 meja sahaja disediakan.

Iklan

Katanya, selain terbuka kepada individu, jualan meja tersebut turut dialu-alukan untuk syarikat korporat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Pada majlis ini juga, kelab akan memilih 10 badan kebajikan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri dalam kalangan pertubuhan Melayu, Cina dan India untuk menerima sumbangan. Kesemua NGO atau pertubuhan ini dari negeri Perak.

"Penyampaian sumbangan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah," katanya.

Sementara itu, Norali berkata, semua maklumat promosi berkaitan majlis makam malam amal itu akan dimuat naik di dalam media sosial kelab berkenaan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut.