Kedai makan terbakar, tujuh kenderaan terjejas

Iklan
Sebuah kedai makan di Kampung Baru Cina, Batu 11, di sini, terbakar, pada Rabu.

KAJANG - Sebanyak tujuh buah kereta rosak selepas sebuah kedai makan di Kampung Baru Cina, Batu 11, di sini, terbakar, pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 6.02 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 11 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta bantuan BBP Serdang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Antara kereta yang rosak akibat kedai makan terbakar.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran melibatkan sebuah kedai makan yang terbakar 80 peratus.

Iklan

"Api berjaya dikawal pada jam 6.17 petang, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu turut melibatkan tujuh buah kereta yang di parkir berhampiran kedai berkenaan, rosak akibat bahang api.

Iklan

"Kenderaan yang rosak itu membabitkan dua kereta Perodua Myvi, Perodua Axia, Proton Saga, kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena serta Toyota Vellfire," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28