Kerjasama Perlis, Arab Saudi perlu dipelihara
Iklan
Wakil Kedutaan Arab Saudi menyerahkan 100 naskhah terjemahan Al Quran dalam Bahasa Malaysia yang julung kalinya diedarkan oleh pihak kerajaan Arab Saudi kepada Tuanku Syed Faizuddin.
ARAU - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam berkenan menerima mengadap Atase Agama Kedutaan Diraja Arab Saudi, Syeikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robian di Galeri DiRaja Arau.
Pada pertemuan itu, baginda bertitah kerjasama Perlis dan Arab Saudi perlu dipelihara dengan untuk kebaikan kedua-dua pihak.
Iklan
Iklan
Baginda bertitah, ketika ini kerjasama Perlis dan Arab Saudi dalam bidang pendidikan, pelancongan dan pembangunan sangat menggalakkan.
"Hubungan erat yang telah sedia terjalin antara kerajaan Arab Saudi dan Perlis adalah manifestasi kepada semangat persaudaraan untuk saling menguatkan seperti yang dituntut oleh agama," titahnya.
Iklan
Hadir sama, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majili Agama Islam Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan.
Baginda bertitah, usaha untuk melestarikan kerjasama yang telah sekian lama dilaksanakan bersama antara kedua pihak perlu diteruskan.
Iklan
"MAIPs dan Pejabat Penasihat Agama Kedutaan Diraja Arab Saudi telah menerokai pelbagai bidang kerjasama dalam hal ehwal Islam, dakwah dan bahasa Arab.
"Kedutaan Arab Saudi bersetuju menyerahkan 100 naskhah terjemahan al-Quran terjemahan bahasa Melayu yang julung kalinya diedarkan oleh kerajaan Arab Saudi," kata baginda.
Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah, terjemahan berkenaan hasil kerjasama antara kerajaan Arab Saudi dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membabitkan kepakaran anak jati Perlis, Dr Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam