Sungai Golok 'pusat' penyeludupan tersohor
Iklan
RANTAU PANJANG - Sungai Golok yang menjadi pemisah antara sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan yang bermula dari Jeli sehingga Pengkalan Kubor, Tumpat cukup dikenali sebagai ‘pusat’ penyeludupan tersohor.
Di sebalik sisi gelap itu, Sungai Golok yang berkeluasan sekitar 40 meter sebenarnya memberi sumbangan cukup besar apabila menjadi ‘lubuk’ rezeki kepada penduduk di kawasan sempadan.