Lelaki cacah tatu nama teman wanita di dalam bibir

Iklan
Tindakan 'gila' lelaki cacah tatu di dalam bibir cetus pelbagai komen dalam platform media sosial di India. Foto Agensi

NEW DELHI - Demi membuktikan cinta kepada kekasih, seorang lelaki di India sanggup mencacah tatu nama kekasihnya di dalam bibir telah mendapat komen lucu daripada netizen.

Video yang disiarkan di Instragram oleh pelukis tatu, Abhishek Sapkal telah tular di platform media sosial di India.

Iklan
Iklan

Dalam video itu, seorang artis tatu mencacah nama 'Amruta' di dalam bibir lelaki itu dan kemudian mempersembahkan hasil 'seni' di akhir di videonya.

Video itu telah mencetuskan reaksi lucu daripada netizen sehingga berjaya mengumpul sembilan juta tontonan dan pelbagai komen.

Iklan

Segelintir daripada netizen menggelar lelaki itu sebagai 'gila' manakala yang lain menyindirnya.

Seorang pemilik akaun Instragram berkata, jika lelaki itu putus cinta adakah calon isterinya akan menerimanya semula kerana terdapat nama wanita lain di bawah bibir bakal suaminya itu.

Iklan

Netizen lain pula berkata tindakan lelaki itu adalah sia-sia dan akan merugikan diri sendiri.

"Jangan membazir wang anda, pergi cuci gigi anda terlebih dahulu," katanya.

Sebelum ini, tindakan sama dilakukan seorang pempengaruh wanita di United Kingdom apabila mencacah tatu kekasih di dahi dengan nama ' Kevin', turut mendapat komen lucu dari netizen di seluruh dunia. - Agensi