Bayi tujuh bulan antara 50 PATI ditahan

Iklan
Antara warga asing yang ditahan JIM Pahang dalam serbuan ke atas beberapa rumah kongsi pekerja ladang sawit sekitar Maran pada awal pagi Rabu.

KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 50 warga asing termasuk seorang bayi hasil serbuan ke atas 15 rumah kongsi pekerja ladang sawit di sekitar Maran pada awal pagi Rabu.

Pengarahnya, Muhammad Hatta Kassim berkata, dalam serbuan dijalankan 22 pegawai penguat kuasa bermula jam 1.50 hingga 6.05 pagi itu, seramai 52 orang warga asing diperiksa dan 50 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua yang ditahan terdiri daripada 43 warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar.

"Semasa serbuan dijalankan, berlaku cubaan untuk melarikan diri daripada pemeriksaan, namun usaha warga asing tersebut berjaya dipatahkan kerana lokasi serbuan dikepung lebih awal oleh pegawai operasi.

Iklan
Anggota JIM Pahang melakukan pemeriksaan ke atas salah seorang warga asing dalam serbuan ke atas beberapa rumah kongsi pekerja ladang sawit sekitar Maran pada awal pagi Rabu.

"Hasil pemeriksaan mendapati, warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada sebarang pas yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal melebih masa yang dibenarkan," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Muhammad Hatta berkata, semua tahanan berusia tujuh bulan hingga 75 tahun itu direman selama 14 hari di Depot Imigresen Kemayan, Bera untuk siasatan lanjut.

Iklan

"JIM Negeri Pahang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dalam usaha membanteras isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Antara warga asing yang ditahan JIM Pahang dalam serbuan ke atas beberapa rumah kongsi pekerja ladang sawit sekitar Maran pada awal pagi Rabu.

"Orang ramai diminta tampil bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa," ujarnya.

Tambah Muhammad Hatta, tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28