Rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran

Iklan
Api sedang marak di kawasan bengkel membaiki kenderaan dan rumah berkenaan pada pagi Khamis. Foto JBPM

SUNGAI PETANI - Sebuah rumah dan bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Lebai Man, awal pagi Khamis.

Kejadian itu turut menyebabkan empat kereta dan tiga motosikal musnah terbakar.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.06 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Sungai Petani diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhamad Aslan Yusof tiba di lokasi bersama 12 anggota untuk memadam kebakaran.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak di kawasan bengkel membaiki kenderaan dan rumah berkenaan sebelum operasi pemadaman dilakukan," katanya.

Peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 90 peratus rumah manakala bengkel musnah 80 peratus. Foto JBPM

Jelasnya, rumah dianggarkan terbakar 90 peratus manakala bengkel 80 peratus.

Iklan

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada mangsa berada dalam rumah dan bengkel berkenaan ketika kejadian.

"Kerja-kerja pemadaman masih dilakukan bagi memastikan tiada sisa kebakaran di tempat kejadian kerana dibimbangi cuaca kering serta angin kencang ketika ini akan mengakibatkan kebakaran semula hasil dari bara api," ujar beliau.

Uajar beliau, siasatan masih dilakukan bagi mengetahui punca dan kerugian dalam kejadian itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28