JB dibanjiri gelandangan

Iklan
Tian Soon ( kiri) ketika membuat tinjauan di kawasan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook yang membuat tumpuan gelandangan.

JOHOR BAHRU - Kawasan tumpuan pelancong di Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar raya kini dibanjiri gelandangan pada sebelah malam.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, ada di antara gelandangan tersebut bekerja di seberang tambak dan ramai yang tidur, membuang sampah, mabuk serta membuang air kencing di kawasan awam.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini, saya menerima aduan dari penduduk tempatan mengenai kehadiran ramai gelandangan di kawasan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook, di mana beberapa individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Oleh itu, tinjauan diadakan bersama pegawai penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kawasan Bandaraya Johor Bahru sehingga larut malam," katanya dalam muat naik di Facebook pada Khamis.

Iklan

Menurut Tian Soon, perbuatan gelandangan memberi kesan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang ingin bersiar siar di kawasan tersebut, serta menjadi punca kerosakan kepada harta awam.

Tian Soon (tengah) ketika membuat tinjauan di kawasan Sungai Segget dan Jalan Wong Ah Fook.

"AADK Johor telah menyemak data peribadi dan menyoal siasat gelandangan tersebut, dan mendapati mereka tidak menggunakan dadah.

Iklan

"Pegawai MBJB telah mengarahkan mereka untuk meninggalkan kawasan tersebut dan memberi amaran agar mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak senonoh di tempat awam.

"Saya telah meminta MBJB untuk mengarahkan lebih banyak pegawai penguat kuasa untuk terus memantau di kawasan tersebut," ujarnya.

Tambah beliau, MBJB perlu memastikan persekitaran di sini berada dalam keadaan yang ceria dan bersih daripada kegiatan yang tidak baik.

"Saya juga akan berbincang dengan Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin Nisa Ismail dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor untuk menjalankan operasi bersama bagi memastikan isu gelandangan di banda raya ini dapat diselesaikan.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada program inisiatif 'Greater Johor Bahru' yang ditekankan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi," katanya.