PUTRAJAYA - Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai Jumaat, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN dalam kenyataan pada Khamis menyarankan pembayar cukai menggunakan perhidmatan e-filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my
Iklan
Iklan
Ejen cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian https://taef.hasil.gov.my untuk tujuan tersebut.
"Pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023,” menurut kenyataan itu.
Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).
Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdf (versi Bahasa Melayu) dan https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf (versi Bahasa Inggeris). - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28