Remaja maut tertimbus ketika mendulang emas

Iklan
Lokasi kejadian mangsa tertimbus ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan pada Rabu.

LIPIS - Seorang remaja maut tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa dikenali sebagai Budiman Johan, 18.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat rakan sedang melakukan aktiviti menggali tanah menggunakan tangan untuk mendulang emas di lokasi itu.

"Rakan-rakannya segera membantu dan berjaya mengeluarkan mangsa dari timbunan tanah sebelum membawanya pulang ke rumah di Pos Pantos," katanya.

Iklan

Azli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan sebelum kematiannya dimaklumkan kepada pihak polis oleh Tok Batin kampung berkenaan jam 12 tengah hari pada Rabu.

Azli berkata, berdasarkan maklumat, mangsa bersama empat rakannya ke pergi tempat kejadian kira-kira 3 pagi sebelum melakukan aktiviti mendulang dalam kawasan sebuah ladang sawit.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28