Tiada satu suara pembangkang sokong banteras rasuah - PM

Iklan
Anwar berucap merasmikan Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sebuah hotel, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tidak ada satu suara dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang menyokong langkah pembanterasan rasuah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrabim.

Menurut Anwar, keadaan itu dilihat aneh kerana ketika semasa menjadi pembangkang, beliau lantang menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memerangi rasuah termasuk cadangan usul penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

"Kalau ada langkah berani (untuk memerangi rasuah) saya sokong. Malah saya kata mengapa belum cukup berani.

"Saya hairan. Padahal amalan penyakau itu menyeluruh," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena perasmian Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sebuah hotel pada Khamis.

Iklan

Hadir sama adalah Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Dalam pada itu, tambah Ahli Parlimen Tambun itu, mereka yang hidup bergelumang dengan rasuah baik daripada kalangan golongan elit, ahli politik, tokoh korporat atau pengurusan kerajaan, dilihat tidak selesa dengan sebarang penganjuran wacana memerangi gejala tersebut.

Iklan

"Kedua, yang terpalit dengan rasuah akan melawan dengan kencang dan hebat dengan seluruh kekuatan.

"Di Parlimen, melalak tak tentu arah. Sampai ada seorang ahli Parlimen yang marah sangat kerana beliau didakwa (dengan kes mahkamah), kata ini maknanya seolah-olah Perdana Menteri korup.

"Apa buktinya, apa laporannya? Tak apa soal itu antara saya dengan rakan-rakan (kementerian) saya boleh jawab," menurutnya.

Anwar berkata, semua pihak perlu bekerjasama memberi sokongan ke atas usaha SPRM dan kerajaan dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.

"Bila saya sebut puluhan bilion ringgit disakau, itu bukan dibesar-besarkan.

"Ia berdasarkan pemahaman peribadi saya, sebagai Menteri Kewangan dahulu dan sekarang.

"Aktiviti penyelewengan itu perlu dihentikan dan ditamatkan sekarang," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28